Sebanyak 55 lokasi aktiviti mencerap burung di seluruh negara dijangka terus menjadi tumpuan dan tarikan pelancong khususnya penggemar burung.<br /><br />Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof, berkata antara lokasi berkenaan termasuk di Tasik Kenyir dan Setiu di Terengganu serta Paya Maga dan Mulu di Sarawak.
